Senin, 15 Desember 2014

Kebudayaan Suku Bajau


 SUKU BAJAU

Suku Bajau adalah suku bangsa yang tanah asalnya Kepulauan Sulu, Filipina Selatan. Suku ini merupakan suku nomaden yang hidup di atas laut, sehingga disebut gipsi laut. Suku Bajau menggunakan bahasa Sama-Bajau. Suku Bajau sejak ratusan tahun yang lalu sudah menyebar ke negeri Sabah dan berbagai wilayah Indonesia. Suku Bajau juga merupakan anak negeri di Sabah. Suku-suku di Kalimantan diperkirakan bermigrasi dari arah utara (Filipina) pada zaman prasejarah. Suku Bajau yang Muslim ini merupakan gelombang terakhir migrasi dari arah utara Kalimantan yang memasuki pesisir Kalimantan Timur hingga Kalimantan Selatan dan menduduki pulau-pulau sekitarnya, lebih dahulu daripada kedatangan suku-suku Muslim dari rumpun Bugis yaitu suku Bugis, suku Makassar, suku Mandar. Saat ini, Suku Bajau menyebar hampir di seluruh kepulauan Indonesia (terutama Indonesia Timur), bahkan sampai ke Madagaskar. Kebanyakan Suku Bajau yang menyebar mulai tinggal menetap dan berbaur dengan suku-suku lain.

Wilayah yang terdapat suku Bajau di Indonesia, antara lain :

1.        Kalimantan Timur (Berau, Bontang, dan lain-lain)
2.        Kalimantan Selatan (Kota Baru) disebut orang Bajau Rampa Kapis
3.        Sulawesi Selatan (Selayar)
4.        Sulawesi Tenggara
5.        Nusa Tenggara Barat
6.        Nusa Tenggara Timur (pulau boleng,seraya,longos,pulau Komodo dan sekitarnya)
7.        Sapeken, Sumenep, dan lain-lain.

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BAJAU

Setiap bangsa di dunia mempunyai hasil karya dan seni budaya yang menjadi amalan dan hiburan. Setiap karya dan seni budaya ini pastinya sedapat mungkin diwariskan kepada generasi berikutnya.Begitu juga dengan Suku Kaum Bajau Kota Belud Sabah yang mewarisi kesenian puisi Lisan yang dikenali sebagai "NAJAT".
     
Najat merupakan sejenis puisi lisan yang dinyanyikan oleh masyarakat Bajau, khususnya masyarakat Bajau di Daerah Kota Belud, Sabah. Memandangkan najat juga tidak kurang menariknya sebagai sejenis puisi lisan, maka nyanyian ini juga mendapat perhatian dalam majlis-majlis keramaian masyarakat Bajau.
Najat mempunyai empat ciri yang ketara, yaitu pertama, ia mempunyai empat baris serangkap sepertimana bentuk syair Melayu dengan rima akhir yang sama a-a-a-a; kedua, najat disampaikan seperti cara menyampaikan syair dalam masyarakat Melayu, dengan lain perkataan ia tidak boleh disampaikan secara berpantun; ketiga, najat disampaikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik, dan keempat, ia dinyanyikan sama ada secara solo atau secara dual (berpasangan), lazimnya hanya penyanyi lelaki sahaja.


§  KOSTUM RUMPUN BAJAU

SARUNG DAN SYALAWAR 
BAJAU-SULUK SEMPORNA

Busana Masyarakat Suku Bajau Laut
di Semporna Sabah

      Kepulauan Melayu di persekitaran Laut Sulu, Borneo, laut Sulawesi hanya dipisahkan oleh air dan lautan. Tetapi lautan juga menemukan aneka suku keturunan kepulauan Melayu dan disatukan dengan kefahaman agama yang sama iaitu Islam. Kedatangan suku kaum dari Sulu, Mendanau masih mengekalkan nama beberapa suku di Sabah. 
     Di Semporna kesamaan ciri busana itu telah membentuk gaya dan jatidiri yang mempamerkan keunikan gaya hidup. Istilah Bajau Laut diperikan sebagai masyarakat yang asalnya menempati perairan.Kesamaan pola busana pula ialah mengekalkan kain sarung dan seluar. Tradisi ini masih diteruskan dalam acara kesenian terutama dalam perayaan perkahwinan atau adat istiadat persembahan terutama seni tari.



§  KHAZANAH MAKANAN TRADISIONAL BAJAU SABAH

KIMA

Bajau Semporna/Kunak/Lahad Datu/Tawau/Sandakan )

PIAREN AH MANUK
(Ayam Masak Kelapa Parut)

( Iranun , Kota Belud )
DAENG SEMUR
(Ikan Tenggiri Masak Santan)


( Bajau - Petagas )

  WARISAN BUDAYA BAJAU PANTAI BARAT

USUNAN BUDAYA BAJAU IRANUN


   ‘Usunan” dalam Bahasa Iranun atau “ Usungan” dalam Bahasa Melayu dirujuk kepada alat seperti tandu yang digunakan untuk mengusung golongan bangsawan atau golongan kenamaan, dikelilingi oleh sekumpulan pengiring untuk menuju ke suatu tempat.

   Usunan merupakan satu warisan budaya yang unik dan berkait rapat dengan masyarakat di Kota Belud, Sabah. Warisan budaya ini berjaya diwariskan dari generasi ke generasi dengan mengekalkan ketertiban akan adapt pemakaian serta kegunaannya walaupun sudah berusia hamper 300 tahun.

    Usunan dipercayai mula digunakan oleh Etnik Iranun sekitar tahun 1700 semasa Raja Ismail memerintah Kerajaan Tempatan Tempasuk di Borneo. Diriwayatkan bahawa Raja Ismail bersama tiga puteranya ( Raja Tabuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak) telah menggunakan “Usunan” sebagai upacara penghormatan menghantar pemimpin dari Matampi ke pengkalan sebelum memulakan pelayaran menyerang Belanda di Tanjung Pinang, Riau pada bulan Mei 1787 (James F. Warren) atau bersamaan 1215 Hijrah (Raja Ali Al-Haji Riau) atas permintaan Sultan Mahmud II. Upacara penghormatan menyambut menggunakan “Usunan” juga disediakan oleh rakyatnya apabila dikhabarkan bahawa Belanda berjaya diusir.
   “Usunan” pada masa kini dipelbagaikan corak hiasan dan kegunaannya bersesuaian dengan upacara seperti majlis perkahwinan, berkhatan, menyambut dan menghantar orang kenamaan. Bagi Etnik Iranun, “Usunan” memiliki keistimewaan dan keunikkan tersendiri kerana ianya juga digunakan untuk mengusung jenazah dengan penuh adat istiadat sebagai penghormatan terakhir.


§  SEJARAH BAJAU SABAH

BAJAU PANTAI TIMUR DAN BARAT SABAH




PAHLAWAN BAJAU KOTA BELUD



BAJAU KOTA BELUD


BAJAU KOTA BELUD


TARIAN IGAL- IGAL BAJAU PANTAI TIMUR


RATU LEPA



BAJAU PANTAI TIMUR



BAJAU PANTAI BARAT


Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat.

    Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.
     
    Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". 


    Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni  malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga
  
    Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. 


   Walau bagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih. 
    
    Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada  bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. 

     Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. 



   Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka yaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan. 

Referensi         :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar